Jumaat, 7 Ogos 2009

Berdoalah... jangan tak berdoa

Hm..... Tiap kali kita pergi atau melakukan sesuatu, ramai diantara kita yang terus melakukan nya. Padahal kita lupa untuk berdoa... Cuba lihat diri sendiri... Renungkanlah. Okey... Sekarang kita lihat pula kepada satu kes. Ramai juga kaum kristian yang mula sedar untuk tidak meninggalkan doa. Setiap perkara dimulai dengan doa yang ringkas. Bangun tidur, sebelum makan, sebelum bekerja, sebelum tidur dan lain-lain lah. Orang yang sebegitu sangat diberkati oleh Tuhan. Pada amnya, mereka begitu. Akan tetapi, bila kehendak mereka sangat tinggi, kadangkala mereka lupa untuk berdoa.Contohnya, Hendak membeli kereta.... ternampak saja kereta mana yang mereka minat, terus serah duit dan pandu. Padahal belum bertanya lagi, adakah sudah tiba masanya untuk membeli kereta, adakah itu kehendak Tuhan? Atau, seandainya sebelum membuat tu, berdoa terlebih dahulu, adakah yang lebih baik akan disediakan oleh Tuhan? Renungkanlah...
Negara kita Malaysia sangat disegani dan disenangi oleh dunia ketika dulu. Sekarang negara kita sudah mengalami banyak perubahan baik segi ekonomi, politik, budaya, dan kejadian alam.
Bagi pendapat saya, apa yang telah terjadi sekarang ini adalah kehendak manusia itu sendiri. Maaf saya katakan, kebanyakan kita lebih mementingkan hidup kita dan tidak peduli akan kehendak Tuhan yang lebih berkuasa dan yang mencipta kita sebagai manusia.
Kita terlalu leka dan risau akan apa yang terjadi akan datang, tetapi tidakkah semua itu adalah rencana Tuhan dan kita yang diciptakannya adalah hanya untuk menggenapinya? Renungkanlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan